Khamis, 11 Mac 2010
Sejarah Sjkc Poey Sit
Sekolah ini telah ditubuhkan dalam bulan Jun 1936 oleh beberapa orang penduduk tempatan. Mereka talah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menetapkan satu nama yang sesuai. Nama sekolah yang ditetapkan ialah Poey Sit. Dalam Bahasa Cina Poey membawa maksud menyemai dan menanam. Sit pula bererti amanah. Matlamat utama pemilihan nama tersebut supaya dapat membentuk warganegara Malaysia dan bakal pemimpin yang bersikap jujur dan setia.
Seramai 23 orang murid mula menerima pendidikan awal mereka dalam Bahasa Cina di dua buah kedai (berhampiran dengan Majlis Tempatan sekarang) yang disewa. Bilangan guru hanyalah seorang.